semalam. aku. syaz, ain, yad, dayang a.k.a salma, ida. lepak sambil sambil study. ramai ramai study dekat ruang tamu. ramai jugak la. empat orang. lagi dua orang tak study. haha! tiba tiba, ain cakap lepas ni dia dah tinggalkan kitorang. sebab dia dah nak praktikal sem depan. lepas ain, aku dengan syaz dengan yad pulak yang nak tinggalkan dayang dengan ida. aduhh! kasihan sama mereka. setelah itu, suasana ceria yang penuh dengan gelak yang berdekah dekah, tawa yang terkekek kekek, dan ceria ceria selalu, menjadi suram, muram, dan seterusnya menjadi seperti air lautan yang pasang. selepas itu, air laut itu masuk kerumah kami. kami menjerit meminta pertolongan. tolonnggg!!!! eh! kenapa macam terpesong je nieh?? haha! sampai mana tadi? ASDFGHJKLQWERT ok. tidak lama kemudian, selang beberapa second. dayang dan ida menitiskan air mata. ingatkan dorang menangis tipu tipu. kami berempat pun menyanyikan lagu doa perpisahan, lagu apa lagi tah yang menampilkan album terbaru kami yang berjudul 'soulmate' yang diterbitkan oleh syarikat rakaman kami sendiri iaitu nikonians and music sdn. bhd. haha! macam gempak jeh! ZXCVBNMASDFG. sambil menyanyikan lagu lagu yang dalam album tu, timbul rasa sebak di hati insan yang berhati lembut iaitu aku dan yad. (wa bukan nak bangga derr!) sambil nangis, aku dengan yad masih tergelak gelak. macam kelakar kitorang nangis. syaz dan ain meneruskan nyanyian. kami semua beransur pulih dan kembali bergelak ketawa setelah ain dan syaz menenangkan adik kami yang dua orang tuh. kami pun bergambar bersama sama.
p/s: thankz to ain and syaz :)
Tuesday, May 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment