Sunday, May 30, 2010

event semalam

semalam, hari sabtu 29/5 aku ada 3 event. nak tahu apa?

1. reunion sekolah rendah (skpi)

2. reunion dengan classmate sekolah menengah teknik kajang (jumpa mama jun)

3. birthday party adik aku (Dayyan)


aku jadi dilema semalam. tak tahu nak pilih mana satu. kalau boleh ketiga tiga event tu aku nak pegi. (ketiga tiga? nahh! amik kauuu! skema betul tuh! hahaa) tapi tak seronok lah pulak rasanya kalau jumpa sekejap jeh. jadi aku pilih la 1 antara 3. aku pilih untuk pegi birthday party tu.

*p/s : sorry la kepada kawan kawan sekolah rendah, sekolah menengah. next time kita reunion eh?

Wednesday, May 12, 2010

mereka kata

Mereka kata wanita itu
perhiasan dunia
maka jadilah perhiasan yang benar-benar berharga dan berguna
jangan hanya cantik diluar tetapi buruk didalam

Mereka kata wanita itu
ibarat epal
maka jadilah epal yang tinggi kedudukan nya
bukan yang berguguran ditanah
yang mudah dimiliki oleh sesiapa

Mereka kata wanita itu persis mawar
maka jadilah mawar yang mekar mengharumi
bukan yang layu sebelum kembangnya

Mereka kata wanita itu persis mutiara di dasar laut dalam
maka jadilah mutiara yang benar-benar berharga
sesungguhnya hanya yang mampu membeli mutiara
bisa memilikinya

Mereka kata wanita itu ibarat permata
maka jadilah permata yang tulen
bukan kaca mudah dilihat di mana-mana
sesungguhnya kerdipan permata dan kaca itu hampir sama
hanya yang benar-benar bijaksana
yang tidak tersalah memilihnya

Saturday, May 8, 2010

i ♥ u mak :)



hai. saya anak yang baik. saya ingin mengucapkan selamat hari ibu untuk mak saya Pn. Zabariah Binti Zainon. insan yang bersusah payah mengandungkan saya selama sembilan bulan. beli susu, nestum, pempers, botol susu, buaian, bedak, lotion, sabun mandi, shampoo, bila demam bawak pegi klinik, dan sebagainya (tu masa kecik) dah besar ni, masak sedap sedap, tu la saya sihat. bagi duit belanja. eh! tapi ayah pon bagi jugak duit. hehe! ASDFGHJKL mak jugak lah yang bersusah payah menjaga saya dari kecil sampai sekarang (dah boleh kawin dah ponnn!). mak tempat berkongsi masaalah. saya mintak maaf mak, kalau ada salah silap yang saya telah lakukan. halalkan makan minum saya. halalkan susu yang saya minum. saya akan berusaha menjadi anak yang baik, baik, dan baik.

i ♥ u mak.
kita bff kan mak??

selamat hari ibu juga saya ucapkan kepada ibu ibu di seluruh dunia. ;)

Thursday, May 6, 2010

Jadual peperiksaan K5G2

Tarikh/masa

9.00 a.m

2.30 p.m

3.00 p.m

7 may 2010



Mandarin

(dewan utama)

13 may 2010

Sastera kanak-kanak

(dewan utama)



14 may 2010

Pendidikan khas

(dewan utama)



15 may 2010

Usahawan

(dewan biru)

Kesihatan dan keselamatan kanak-kanak

(dewan utama)


17 may 2010

5p

(dewan biru)



18 may 2010


Muzik dan pergerakan

(dewan utama)


Tuesday, May 4, 2010

memori bersama teman

matahari menyinari pagi ini,
indah menonjolkan diri,
bersama membawa kebahagiaan,
namun tetap tersembunyi setitis kedukaan,
hari ini kita bergembira bersama,
tiba saatnya nanti kita akan terpisah,
aku bersama jalanku kau bersama jalanmu,
jalan yang akan menjanjikan kejayaan,
aku pasti suatu ketika nanti,
kita akan kembali bersatu,
menggalas memori bersama kejayaan,
gelak ketawa kegembiraan,
teman sejati kini masanya,
kita harus berpisah kala ini,
ini mungkin memori akhir kita,
janganlah kau melupainya,
perkenalan kita satu anugerah,
jadikannya sebagai kenangan yang terindah,
pengingat teman pengubat rindu,
tersemat indah dalam memorimu.

to: ain, syaz, yad, ida, dayang

:)

.:housemate:.

semalam. aku. syaz, ain, yad, dayang a.k.a salma, ida. lepak sambil sambil study. ramai ramai study dekat ruang tamu. ramai jugak la. empat orang. lagi dua orang tak study. haha! tiba tiba, ain cakap lepas ni dia dah tinggalkan kitorang. sebab dia dah nak praktikal sem depan. lepas ain, aku dengan syaz dengan yad pulak yang nak tinggalkan dayang dengan ida. aduhh! kasihan sama mereka. setelah itu, suasana ceria yang penuh dengan gelak yang berdekah dekah, tawa yang terkekek kekek, dan ceria ceria selalu, menjadi suram, muram, dan seterusnya menjadi seperti air lautan yang pasang. selepas itu, air laut itu masuk kerumah kami. kami menjerit meminta pertolongan. tolonnggg!!!! eh! kenapa macam terpesong je nieh?? haha! sampai mana tadi? ASDFGHJKLQWERT ok. tidak lama kemudian, selang beberapa second. dayang dan ida menitiskan air mata. ingatkan dorang menangis tipu tipu. kami berempat pun menyanyikan lagu doa perpisahan, lagu apa lagi tah yang menampilkan album terbaru kami yang berjudul 'soulmate' yang diterbitkan oleh syarikat rakaman kami sendiri iaitu nikonians and music sdn. bhd. haha! macam gempak jeh! ZXCVBNMASDFG. sambil menyanyikan lagu lagu yang dalam album tu, timbul rasa sebak di hati insan yang berhati lembut iaitu aku dan yad. (wa bukan nak bangga derr!) sambil nangis, aku dengan yad masih tergelak gelak. macam kelakar kitorang nangis. syaz dan ain meneruskan nyanyian. kami semua beransur pulih dan kembali bergelak ketawa setelah ain dan syaz menenangkan adik kami yang dua orang tuh. kami pun bergambar bersama sama.

p/s: thankz to ain and syaz :)